mencari sinar dunia & akhirat: ~~the FACEBLOG~~: "SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMP..."
.
seorang muslimah dilahirkan kedunia ibarat sebutir permata,apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya apabila diletak ditempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri..apabila dibekal dengan ilmu didada akan menjadi cendekiawan bestari..seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka..menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana.... -siti juliana ramli-
Saturday, 19 March 2011
Friday, 18 March 2011
sahabat susu everyday ku...
mesti u all semua t'tnya knpa dgn 'susu everyday"??knapa??hehe..ha!jwapannyer...dengdengdeng!!sbnarnya "susu everyday" tu merujuk kpd diri ana ni ha..hihi..ana ni ska mnum cucu "evryday" nieyh..!!haha...ini bmakna....xde mknernyer...haha..xderla..mknanya ana nk share cte ska dka ana bsma2 shbt2 ana..i love this moment too much...andainya ana mampu kembalikan masa dahulu alangkah bhagianyer hdup ini....btul x sue??tyrah??ida??ayu??and kwn2 yg len??ni ha!!nk cte kngn ana dgn bdak mucuk..shuhada supian nieyh..hehe..jgn mrah yer sue mickey..rkan kanggaroo ana nieyh..haha...ukhuwah ini brmula apbla ana smbung stdy ana kt sekolah yg tersrgam indah nii..smt.pasir mas...mse f4..ana ni first intake stdent tp mc sue ni second intake..btl x sue??hihi....ana klas 4pd2 dan sue ni lak xthu cane tersesat msuk klas 4pd3..ayya!!...tp alhamdulillah dgn izin Allah swt antara kami msih ader jdoh upernyer...sue msuk dorm ktaorg lor...iaitu dorm 2d2..ahli2nyer trdri dr..ika,sanah,bibah,kak lel,umi,ana,sue,aina,tyrah,amy,qurratu,fieza,kak zie..yg pling besttt sue msuk group ktaorg tawu..wth me,aina,amy n sue larr...si udak ucuk nieyh..hihi...dari snilah trbinanya ukhuwah antara ktaorg..ktaorg mse tu mmg excted arkh trtma ana/jujue nie..hihi yo lah mano xhepy dpt kwn plop hok so palo ngn ana..jnis gler2..mmg bezz lar...mmg join toi..hihi...
ni nk cte..bfre msk dorm jmpe mc sue nie..lpas abz claz kte org bgegas p kantin asrma...mau makan maa...lapar maa,,,hihi...tapi ktaorg nie mmg gler2 kit...mser sbjek last2 tu mmg fkran nie daa cabutt larii....hahhaha....nk thu kmana???hahaha...ni ha!!fkrn nie tgh duk lpakk kt kntin daa..teruk3!!masyaALLAH....mmg gler2 lar dlu...huh..lpas mkan ni ha..brlari2 ank nk msuk dorm smpaikn warden ni wat sindiran kt mner2 y trlibat tu...tp blh dktakn mjoriti brlari nk msuk dorm...hahhah...warden ktaorg sindir la...apa pasal korg brlari2 ni ha!!!dpt PIALA k???hahhahhhahahhhah......mmg nkal arkh......maner xmrah cik kam @ warden prmpuan y plg garang kt situ...ye la...umh dye kt bwh tu...dorm ktaorg kt ats ni ha...cik kam ni...skali dye melaungggg...alamaKK.......bergegaqq ostel kmiii....tatuuuttt....asal nmpk kreta dye mnuju pntu pgar ostel...abiz kecik kpala bdak2 y duk ostel smtpm tu......kpala bdk yg bsr abiz jd kcikkk....apth lgi kpala bdk y already small myb..broken...hahhahhaa........oopppss....ok smbung blik...sue amik katil ats y bhdapn dgn ktil ana..kes sue msk dorm tu...dorm tu ttbe jd comey jp..mano xcmey dy bwk lgsir wrna kning woo..tp syang bribu kali syg...sue pasang kt tgkp dye jer...xadil!!xadil!!.........nk ugak!!nk ugak!!!hihi....ni bdk pinky nie..yela smua pink..alat mandi,tuala,bju tdur..n mcm2 gi...sue ni mnt mickey...lani xpsti sue mnt agi x mklumlah..da jd bby tuwo daa...hahhah....jgn dimrahhh sue.......hihi...
cinta layer cake~~~
"anggaplah cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.Apa yang baik itu dari Allah swt dan apa yang lemah itu datangnya dari diri ana..sama2lah kita amalkan prinsip "aBC"
A-AMBIL YANG BERMANFAAT
B-BUANG YANG TIDAK BERMANFAAT
C-CONTOHI MANA YANG BAIK
cinta layer cake ini mengisahkan kisah percintaan dan perjalanan hidup Khalilah dan khalil..cinta ini dikatakan seperti 'layer cake' sebab this cake have 4layers dimana layer ptmanya mrupakn sbuah PERSAHABATN..kedua merupakan PERCINTAAN..ketiga merupakan PERSAHABATAN..layer yang terakhir merupakan sebuah PENYATUAN HATI YANG ABADI=PERKAHWINAN ....
khalilah merupakan anak bongsu dalam keluarganya..dan dia satu2nya anak ibu dan ayahnya yang tak pernah bercinta walaupun hanya sekali..dia sebenarnya mempunyai prinsip hidupnya tersendiri yang sukar difahami oleh mana2 lelaki yang ingin mendampingi..dia tidak mahu bercinta sebelum dirinya sah bergelar isteri..khalilah ingin menikmati cinta yang halal lagi diredai oleh sang penciptanya..dia merupakan satu2nya insan yang bertuah kerana dia terelamat dari 'CINTA MONYET'..namun khalilah tidak mampu bertahan lama menepis cinta lelaki kerana hatinya tertawan oleh Khalil yang merupakan dua tahun lebih tua darinya..khalil merupakan seorang jejaka yang diminati ramai di sekolah khalilah..pada mulanya mereka hanyalah sekadar bergelar sahabat..mereka begitu akrab sekali,setiap kali khalil mempunyai masalah khalilah lah tempat dia meluahkannya..sebenarnya mereka ini bukanlah kenal dari sek.rendah lagi..tidak sama sekali...khalilah sebenarnya tidak pernah kenal siapa khalil dan mengenainya..khalilah mula mengenali khalil apabila suatu malam tetiba khalilah diberi gambaran wajah khalil dengan izin Allah swt..tapi khalilah cuba abaikan kerana dia berpendapat bahawa itu hanyalah mainan tidur..tapi alangkah terkejutnya khalilah apabila didapati khalil benar2 wujud..kebetulan masa tu khalil baru berpindah ke ssekolah khalilah..khalilah terserempak dengan khalil sewaktu mereka rehat di kantin sekolah..sejak dari itu khalilah mula ingin mengenali siapa jejaka yang tetiba datang menemuinya dlam mimpi malam tadi..macam2 diusahakannya akhirnya bermulakan ukhuwah antara mereka berdua sebagai seorang sahabat..
ketika itu khalilah baru di tingkatan1 dan khalil tingkatan3..tapi anehnya persahabatn mereka ini tidak nyata kerana persahabatan mereka terjalin hanya melalui mesej tidak secara face to face macam orang lain..secara luaran mereka hanya sekadar mengenali rupa dan nama sahaja dan tak lebih dari itu kerana mereka tidak pernah bersemuka..anehkan??tapi itulah yang dinamakan persahabatan/ukhuwah fillah..antara mereka..khalilah betul2 bertuah kerana khalil mungkin anugerah untuknya dari ALLAH SWT..untuk dijadikan sahabatnya..hampir 6 tahun akhirnya persahabatan antara mereka terjalin tanpa bersemuka apatah lagi nak berbual di corong telefon..pelik tapi benar itulah kisah persahabatn mereka..begitu hebat!!keakraban antara mereka akhirnya membuahkan perasaan cinta walaupun khalilah cuba menyembunyikan...kerana khalilah sedar siapa dirinya,dia merasakan dia begitu banyak kelemahan diri dan mana mungkin sesuai untuk digandingkan dengan khalil yang mempunyai banyak kelebihan darinya..tanpa disedari ternyata khalil juga meminati khalilah tetapi dia tidak berani menyuarakannya kerana dibimbangi khalilah akan menolak cintanya..hinggalah selepas khalil putus cinta dengan kekasihnya..khalil mula ingin melabuhkan cintanya kepada khalilah tapi malangnya cinta dia ditolak kerana khalilah menyatakan ketidaksediaan dia untuk bercinta dan ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada study..namun khalil terus mencuba lagi...untuk menakluki hati khalilah..tapi khalilah buat2 tidak memahaminya dan cuba menyibukkan dirinya dengan study...buat sekian kalinya khalil dikecewakan oleh khalilah...bertahun khalil sabar menanti hinggalah khalilah menerima khalil buat pertama kalinya..7syawal merupakan tarikh sejarah percintaan mereka..tapi sayangnya percintaan mereka tidak kekal lama kerana muncul orang ketiga..ditambah lagi mereka bercinta di saat2 akhir khalilah ingin menempuh peperiksaan penting yang menentukan hala tujuan hidup khalilah iaitu spm..kira2 4bulan sahaja mereka sempat bercinta..tetapi dalam tempoh tersebut khalilah langsung tidak mempedulikan sal perasaan khalil terhadapnya..khalilah sibuk dengan studynya sehingga khalil diabainya dan dalam tempoh itu juga khalilah jarang menghubungi khalil untuk menanyakan khabar khalil..khalil sering kali terluka dengan sikap khalilah yang sibuk memanjang namun khalil mula nekad untuk tidak menganggu stdy khalilah demi menghormati khalilah walaupun hakikatnya dia amat memerlukan khalilah..sepanjang tempoh percintaan mereka khalil sering kali merasa tidak dihargai langsung dan mula meragui keikhlasan khalilah menerimanya dahulu..pada hakikatnya apa yang dirasakan oleh khalil itu sebenarnya betul sebab khalilah menerimanya dahulu sebab desakan kawan2 khalilah yang berharap agar khalilah tidak melukai khalil buat kesekian kalinya lagi..khalilah seringkali menyalahkan dirinya kerana gagal menjadi yang terbaik buat khalil,pada hakikatnya khalilah amat mencintai dan menyanyangi khalil tapi perasaan itu cuba dihalanginya kerana dia nekad untuk memelihara cintanya yang sebenarnya hanya untuk suaminya nanti dan tidak akan khalilah kongsi dengan orang lain..prinsip hidupnya yang utuh itulah menyebabkan dia tidak dapat menjadi yang terbaik untuk khalil sebab khalilah telah melanggar prinsip hidupnya..khalilah seringkali meronta untuk melepaskan dirinya dari ikatan cintanya dengan khalil walaupun hakikatnya dia amat mencintai khalil tapi khalilah nekad untuk kembali kepada prinsip hidupnya kembali hinggalah suatu hari selepas tamat musim peperiksaan..khalil menghantar sms kepada khalilah dan menyatakan bahawa kekasih lamanya mencarinya dan khalil keliru untuk memilih khalilah atau kekasih lamanya itu..khalil tidak mahu melukakan salah seorang daripada mereka..dengan izin Allah alhamdulillah khalilah telah membuat keputusan untuk mengundur dirinya dari ikatan cinta bersama khalil dan khalilah amat mengharapkan agar khalil dapat kembali ke pangkuan kekasih lamanya tetapi khalil nekad dengan keputusannya untuk tidak memilihnya demi menjaga perasaan masing2..
akhirnya mereka menjadi sahabat kembali dan tiada lagi ikatan cinta antara mereka..namun selepas putus cinta hubungan mereka bertambah akrab dan khalilah lebih selesa untuk menjadi sahabat kepada khalil..daripada menjadi pasangan cinta khalil..selepas putus cinta dengan khalil..khalilah mula mengamalkan solat sunat istiqarah dalam kehidupannya untuk mendapat petunjuk dalam kehidupannya seharian tambah2 lagi untuk mendapat petunjuk mengenai jodohnya nanti kerana ia amat penting untuk kehidupan keluarganya nanti..dia memerlukan petunjuk dari ALLah swt agar dia tidak salah memilih calon suaminya dikemudian hari kerana suami merupakan ketua keluarga/pemimpin/imam kpd keluarganya nanti yang bakal memikul amanah Allah dan bakal melaksanakan tanggungjawabnya untuk memimpin khalilah dan bakal hafiz dan hafizahnya nanti..khalilah sering kali mendoakan agar dikurniakan seorang suami yg beriman,bertaqwa,bertanggungjawab,sbar dgn skapnya dan mampu menyayangi dan mnyintainya sepenuh hati ikhlas kerana Allah..dia tidak mahu bakal suaminya nanti hanya memandang kepada paras rupa semata2 kerana kelak khalilah akan ditinggalkan seandainya kecantikan mulai menghilang..khalilah mahukan cinta sejati yang berkekalan ke syurga firdausi..khalilah mahukan kehidupan rumahtangga yang bahagia didunia dan diakhirat dan dia amat berharap suaminya nanti mampu membimbingnya ke jalan syurga bukan NERAKA...
Selepas menunaikan solat istiqarah utk mndpt ptunjuk mgenai jdohnya..khalilah terus tidur...dgn tenang tnpa memikirkan soal jodoh..subhanallah maha suci Allah..dgn izin Allah khalilah mndpat jwabannya..bangun pagi itu khalilah bergegas ke bilik air untuk berwuduk dan menunaikan solat subuh...selepas solat dan doa tetiba khalilah teringat mimpinya yg dia dbyangi dgn wjah khalil..dia bingung kenapa byangan khalil ader dalam mimpi dia..alangkah terkejut khalilah ble dia teringat yg smalam dia ader mndirikan solat istiqarah mngenai jdohnya..tetapi dia msih lagi ragu...selepas drpda malam itu..khalilah melakukan berkali2 solat istiqarah untuk mendpat kpastian..ternyata khalil lah jwban y Allah berikan kpd khalilah...dia prnah mnanyakan org yg arif tntg jwbn istqarahnya iaituu knalannya di Y.M yg bljar di mesir..tetpi knalnnya mnasihatkn khalilah utuk mnrima khalil krna dia diciptakn untuk mdmpingi hdup khalil..tetpi khalilah memberi alsan bhwa dia tidak dapat menerima khalil sekarang kerna kmi msih belajar dan masih blum matang tetapi kenalannya beritahu bhwa tunggu ble mse dah sesuai nnti dan khalilah mesti terima khalil dengan lapang hati tanpa ragu2 lagi dan sebelum tempoh yang sesuai itu tiba..khalilah mesti setia dengan khalil walaupun khalil tdak prnah mngtahui hal ini..khalilah akur.
beberapa bulan selepas itu,khalilah mendpat tawaran untuk belajar di oversea untuk tempoh 4tahun di United Kingdom dan dia bakal meninggalkan khalil sahabat yang paling rapat dengannya untuk tempoh yang lama..dalam tempoh pemergian khalilah ke uk khalil seringkali merindui dan memikirkan tentang khalilah nun jauh disana..bertahun-tahun khalil menunggu kepulangan khalilah namun penantiannya sia-sia...penantian khalil bukan lagi sebagai penantian seorang sahabat tetapi penantian khalil trhdp khalilah adalah sbg bakal isterinya nnti..sudah lama khalil mememdam rasa cinta dan sayangnya terhadap khalilah cme khalil menunggu saat y sesuai untuk melamar khalilah..sebenarnya tanpa pengetahuan khalil..khalilah sebenarnya menderita kanser otak sejak dia di tingkatan 4 lagi..khalilah juga baru mengetahui bahawa dia menghidap kanser otak setelah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital..rupa2nya khalilah sudah terlambat kerana kanser otak yang dialminya sudah berada di tahap kritikal sewaktu pemeriksaan dilakukan..khalilah menangis selepas mengetahui hasil pemeriksaannya di hospital..khalilah sering murung sejak balik dari oversea..tapi disaat khalil dihadapannya dia cuba menceriakan dirinya agar khalil tidak mensyaki apa2..jangka hayat khalilah hnya tinggal 6blan lagi..khalilah bingung dan bgitu sdih sbb xmpu kekal lme hdup bsma org yg dcintainya slma ini..khalilah dilamar khalil smggu lpas blik dari oversea dan kini khalilah adlh tunang khalil..2mggu slpas tarikh prtunangan mreka..mereka bakal mgdakan mjlis prkhwinan mreka..sungguh meriah mjlis prkhwinan mreka..mereka bgaikan raja dan permaisuri yg bgitu serasi bgai pinang dibelah dua..so sweet!!^,^...
sebulan kemudian penyakit khalilah semakin kritis dan khalil mulai mengetahui mengenai penderitaan yang dialami oleh khalilah selama ini..khalilah memohon maaf daripada khalil kerana merahsiakan hal ini..kerana khalilah tidak mahu khalil risau mengenainya dan tidak mahu membebankan khalil walaupun hanya sesaat..khalilah mahukan suaminya khalil bahagia mendampinginye sebelum ajal menjemputnya nanti..rambut khalilah mulai gugur dan wajah khalilah makin pucat manakala tubuhnya semakin lesu dan tidak bermaya..khalil sentiasa berada disisi khalilah disaat2 akhir khalilah..khalil yang menguruskan makan,minum,menjaga ubat khalilah dan memandikan khalilah..khalil betul2 suami yang prihatin dan bertanggungjawab..kpd khalilah...disaat2 akhir khalilah ingin menghembuskan nafas terakhirnya khalilah meminta hajat daripada suaminya agar suaminya membacakan surah yasin untuknya kerana khalilah ingin mendengar suara suaminya mengaji untuk terakhir kali,khalilah juga meminta izin agar suaminya mengizinkan khalilah untuk meletakkan kepalanya diatas dada khalil dan khalilah mohon agar pemergiannya tidak ditangisi oleh suaminya.....
dgn rasa yg pnuh sebak didada khalil akur dgn permintaan isterinya yg tercinta....akhirnya...khalilah pergiii untukkk selamernyaa...................................................
p/s:kalau ade kekurangan kt maner2 korang komen la ekk...cte ni sje2 ana reka utk isi mse lpang...dan ana arap korg hargailah org y tersayang bfre mrka tggalkn kte tuk slmernyer....dan 1 lagi...lau hearty korg ader mnt kt saper2 pastikn solat istiqarah dlu agar spnjg tmpoh b'kasih syg anda tu xjd sia2...yela bkn aper...xnk la jdi cm..kpel ngn org len..tunang org len..tut tut khwen pun ngn org lain....simpanlah hearty kter ini utk y bnr2 brhak mmilikinya...^,^
harap maaf lau ader salah dan silap ketika berbicara..mohon ampun daku..
Thursday, 17 March 2011
rama-rama dan wanita
tinggalkan jejakmu disini..thanxx..^,^
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
diriku dan kalian semua,,
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita acuan AL-QURAN.
~~Bisakah aku??~~
Subscribe to:
Comments (Atom)